Isikan Email korang kat sini untuk menerima post daripada blogeiz.com :

Pesanan Penaja oleh Blogeiz






Jun
14th

Masalah Pendaftaran Commission Junction?

Author: Faeiz | Files under PC Tips And Tricks

Langgan RSS feed Blogeiz dot com secara percuma. Terima Kasih!

Hari ni aku baru nak daftar dalam Commission Junction (CJ.com) untuk menjana wang dengan program diorang. Sebelum aku sentuh pasal tajuk post aku kali ni,aku nak korang tahu yang Commission Junction ni adalah sebuah pusat yang mengumpul lebih dari 1500 syarikat-syarikat yang menawarkan program affiliate dari seluruh dunia.Ianya ditubuhkan pada 1998 dan dimiliki oleh Syarikat Value Click yang beralamat di Santa Barbara, California, USA.

Ha? korang tanya aku apa itu affiliate?Dalam bahasa ringkas,affiliate ialah sejenis program di mana korang akan menjadi ahli kepada sesebuah syarikat dan mempromosikan produk syarikat tersebut untuk mendapatkan komisen.Setiap jualan yang korang buat,korang akan dapat komisen. (Mesti korang dah tau ni,buat penat jer aku terangkan..huhu. :)) )

Post aku kali ni sebab nak cerita pasal masalah pendaftaran dekat CJ.com yang memberikan ke’tension’an tahap mental kat otak aku. Bila aku tengah syok-syok isi form untuk daftar kat CJ.com,dekat bahagian akhir borang tu ada kotak yang mintak verification word atau dalam bahasa lainnya CAPTCHA word image,tapi aku tak nampak CAPTCHA image pun kat sebelah kotak tu. (Korang bleh tengok gambar yang aku letak kat bawah ni) Maknanya,kalau aku tak isi kotak tu dengan code kat CAPTCHA image tu,aku tak boleh la nak proceed untuk pendaftaran di CJ.com!

Aku cuba tukar daripada gunakan Firefox kepada Internet Explorer,tetapi masalah yang sama tetap berulang.Aku cuba plak biarkan page tu lama-lama (sebab aku ingat gambar tu lambat load),tapi tak jadi jugak.Last sekali,aku cuba guna google untuk cari penyelesaian masalah ni (ada la dekat 2 jam),dan akhirnya masalah aku ni selesai dan aku telah lengkap menjadi seorang ahli CJ.com..chewah! :hijau: tengok gambar aku letak kat bawah, captcha image dah terbit untuk aku teruskan pendaftaran.

Klik untuk besarkan gambar.

Aku korbankan seharian aku,hanya untuk daftar kat CJ.com. Disebabkan aku tak mau korang pun berdepan masalah dan ke’tension’an yang sama macam aku ni,aku dengan murah hati (murahan btul.. :hijau: ) nak bagi korang jalan penyelesaian. Korang tak payah susah-susah nak pegi main-main dengan pakcik google lagi.
(Jimat masa korang untuk pergi dating atau pergi kenduri) hehe.

Aku bagi jalan penyelesaian ni untuk pengguna Firefox jer tau?Aku tak guna Internet Explorer ni sebab aku kawan Nine Tail Fox si Naruto (cukup-cukup la mengarut tu Faeiz oi! >:( ) Ops,okay okay..first sekali,korang bukak browser Firefox,pastu korang ikut seperti urutan dibawah ni.

Tools->Options->Privacy tab->exception->remove cj.com

Pastu korang boleh la pergi kat cj.com,pastu buat pendaftaran.Ha,dah ada captcha image,kan? Aku harap post aku kali ni dapat jugak membantu korang walaupun aku terlebih mengarut sikit.hehe. :hijau: (Sindrom happy terlebih sebab dapat selesaikan masalah!)

*update* = lupa nak mention kat korang yang benda ni terjadi sebab firefox telah letakkan cj.com dalam blocking website list secara default. (ini fakta :idea: ,bukan auta >:) )

Jika anda suka penulisan ini sila langgan RSS feed Blogeiz dot com!

16 responses. Wanna say something?

  1. MyAvatars 0.2
    ahib0205
    Jun 14, 2008 at 22:47:56
    #1

    eh faiez, aku cek mozilla aku memang ok je. takde blog2 apa2 pun. baru je download. hm.. certain2 je kot :P

  2. MyAvatars 0.2
    Faeiz
    Jun 14, 2008 at 22:49:42
    #2

    Hurm,maybe la kot. Kepada sapa-sapa yang kena block,bleh la ikut cara aku tu.
    Aku tak pandai sangat computer-computer ni.. :hijau:

  3. MyAvatars 0.2
    paan
    Jun 15, 2008 at 01:52:38
    #3

    ko tsalah buh laa tu tai oii…
    tu nk block cookies dari site tuu..

    mungkin mase ko mude2 dulu kot terbubuh..haha

  4. MyAvatars 0.2
    Faeiz
    Jun 15, 2008 at 02:20:48
    #4

    Mana ada paan oi,memang dia default la..
    tengok la dalam list block cookies firefox ko tu.. :hijau:

  5. MyAvatars 0.2
    mus
    Jun 16, 2008 at 12:28:58
    #5

    apa pun tima kasih dengan info ni sebab aku pun pernah kena juga macam ni tp bkn cj programlah.

  6. MyAvatars 0.2
    Faeiz
    Jun 16, 2008 at 19:51:23
    #6

    @mus
    Sama-sama..Thanks to you too sebab selalu check out blog aku yg x hensem ni..huhu

  7. MyAvatars 0.2
    farahaznil
    Jun 16, 2008 at 23:24:10
    #7

    kawan Nine Tail Fox si Naruto..hmm citer psl apa ni..

    owh..aku dulu lak penah kena takleh msk wordpress sndr..naik mengong gak dibuatnya…dah shut down tah brp kali dah..tp aku guna cara lain…tool->clear private data->cookies n save passwors…

    p/s: apa yg aku alami dulu ni sama dgn kes ko ke??ke lain…

  8. MyAvatars 0.2
    Faeiz
    Jun 16, 2008 at 23:36:29
    #8

    @farah
    lebey kurang jer kot.aku tak pandai sangat bab-bab computer ni.Maybe kawan kitasi mus tu bleh kongsi-kongsi tips kat sini.

  9. MyAvatars 0.2
    paan
    Jun 17, 2008 at 01:30:18
    #9

    haa…
    aku da tukar domain kacang aku..
    jadi kacangtech.blogspot.
    jgn lupe click adsense aku tai weh.. ;) ;)
    haha da makin bertambah nuu.
    haha
    lagi2 kt blog lab206.blogspot

    :)) :)) :)) :p :p :p :hijau: :hijau: :lebar: :lebar:

    xde laa..btol ni :0
    xkanlaa die auto set? pelik gak aku.. :0 :0

  10. MyAvatars 0.2
    Faeiz
    Jun 17, 2008 at 01:43:32
    #10

    @paan
    adsense tu bukan untuk diklik sendiri la paan oi..adoi.. :lebar:
    a’ah,di set secara default.

  11. MyAvatars 0.2
    catzer
    Jun 19, 2008 at 02:41:59
    #11

    muhahahahha..patutpun sms awek pun tak layan erk..kekekek..siot ko balas sms awek lama gile aku tunggu. Belasah ko baru tau

  12. MyAvatars 0.2
    titan
    Jun 19, 2008 at 17:29:17
    #12

    Ok je aku masa register dulu. Sekarang aku tak aktif sangat.AKu suka benda lain dah. Hehe.. >:( >:) :hijau:

  13. MyAvatars 0.2
    Faeiz
    Jun 19, 2008 at 17:33:43
    #13

    @titan
    aku pun tak tahu knapa browser aku jadi bengong sampai tak ley daftar.Ko suka benda len? Heharap ada dalam report edisi siasat ko. hehe. Aku pun suka benda lain dah ni,suka masuk contest ko anjur.huhu.

    @catzer
    bukan balas lama la,tapi YM aku dah jadi bengong tahap cipan dah..huhu.

  14. MyAvatars 0.2
    Paan
    Jun 21, 2008 at 02:10:16
    #14

    Iyolah tai oi. .haha. .ni ble nk upd8 nh? Bekulat je aku tgk. .upd8 la sket. .rahsia 16k ke. .haha. .bleh celen labanon bdk skampung aku tu. .haha. .

  15. MyAvatars 0.2
    Faeiz
    Jun 24, 2008 at 00:59:02
    #15

    haha :) aku tengah bercuti di Nilai sekarang ni,sebab tu tak dapat update paan oi,sekarang pun tengah online dalam keretaapi,poyo jer rasa..huhu.. :hijau:

  16. MyAvatars 0.2
    videono
    Jul 17, 2008 at 00:47:53
    #16

    oh. ingatkan apa tadi.. :hijau:

Beri komen anda!