Langgan RSS feed Blogeiz dot com secara percuma. Terima Kasih!

Semalam aku baru bukak satu web,tapi aku lupa nak bookmark web tu. Tapi tu tak jadi hal sebab aku nak share apa yang aku dah belajar dalam web tu. Dalam web tu menerangkan cara berbelanja orang miskin,orang yang pertengahan dan orang kaya. Sebelum tu,aku nak berikan definisi aset,perbelanjaan dan liabiliti.
Aset - adalah benda yang korang beli untuk menjana lagi duit korang.
Perbelanjaan - pengaliran duit korang untuk korang terus hidup (sewa rumah,makanan dan lain2)
Liabiliti - benda yang korang beli tapi membuatkan perbelanjaan korang bertambah.
Cara berbelanja orang miskin adalah dengan berbelanja semata-mata untuk menyara diri.Misalnya ‘Si Miskin’ mendapat wang RM1000,dan dia akan membelanjakan wang tersebut untuk makanan yang cukup untuk sebulan.Apabila akhir bulan,duit tersebut hanya digunakan untuk membeli makanan sahaja.Ini bermakna,’Si Miskin’ mengunakan wang tersebut hanya untuk perbelanjaan. Aku tak salahkan ‘Si Miskin’ ni kerana wang tersebut memang cukup-cukup untuk dia teruskan kehidupan.
Bagi orang pertengahan,mereka mempunyai pekerjaan yang tetap dan mereka menyangkakan hidup mereka sudah cukup mewah dan sempurna. Golongan ini akan membeli benda,iaitu satu liabiliti bagi diorang, seperti kereta,kapal layar dan perkhidmatan kredit kad yang akan menambah perbelanjaan diorang. Apabila adanya liabiliti,perbelanjaan mereka akan bertambah,bukan sahaja untuk makanan tetapi untuk menampung keperluan liabiliti mereka. Contohnya seperti kereta memerlukan minyak,kapal layar memerlukan pembaikan dan kad kredit akan mengenakan cas perkhidmatan,semua ini merupakan perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh mereka. Lebih teruk lagi,dengan menggunakan kredit kad,perbelanjaan golongan ini akan berlebihan daripada gaji mereka setiap bulan. (Adoi! :( )
Bagi golongan yang kaya,mereka akan menggunakan wang untuk membeli aset,iaitu benda yang akan memberikan pulangan pendapatan kepada mereka seperti perlaburan,rumah,tanah dan pelajaran. Bagaimana benda-benda ni dapat memberi pulangan pendapatan kepada golongan ini? Apabila golongan ini membeli rumah,mereka dapat menyewa rumah tersebut yang pasti akan memberikan pulangan wang ringgit kepada mereka.Dengan cara ini,perbelanjaan mereka setiap bulan dapat ditanggung dengan pendapatan pasif yang mereka perolehi dari wang sewa rumah tersebut.
Mungkin anda tertanya-tanya,kenapa aku mengatakan pelajaran adalah satu aset? kerana apabila diri kita dilengkapi dengan ilmu,ilmu tersebut dapat digunakan untuk menjana pendapatan kepada anda. Jika aku alih bahasa apa yang dikatakan dalam website yang aku lawat semalam,bunyinya macam ni
“Jika korang pikir pelajaran itu satu perbelanjaan yang mahal,anda perlu tahu betapa mahalnya kebodohan”
Ya,aku setuju dengan kenyataan tersebut sebab tanpa ilmu,kita akan terus di’katok’ (maksud ‘katok’ ni kena charge mahal la) oleh orang lain yang mempunyai ilmu tersebut,padahal benda tersebut dapat dibuat oleh diri kita sendiri.Contohnya macam pemasangan streamyx,pemasanagan modem dapat korang buat sendiri(senang sangat da..
) jika korang ada ilmu tersebut daripada korang belanjakan RM korang untuk upah agen diorang pasangkan untuk anda. (ops,ini bukan post boikot streamyx ya!
)
Aku dah bagi apa yang patut,korang patut renung-renungkan la ye? Selamat beramal!
p/s:lepas aku tahu pasal ilmu ni,buat aku menyesal beli PS2 sebab benda tu dah tambahkan perbelanjaan aku untuk beli DVD game baru..huhu. ![]()
Jika anda suka penulisan ini sila langgan RSS feed Blogeiz dot com!































July 19th, 2008 at 1:27 pm
itu web http://www.retiredat32.com
hehehe panjang video dia, semua ada 3 video dan aku dah tgk semua. pastu ada lagi video follow up. teknik yang dia ajar tu teknik lama tapi berkesan la sbb teknik evergreen dan boleh diguna utk semua jenis business online.
July 19th, 2008 at 1:31 pm
Ha~! thanks for sharing scanvx. Aku baru tengok satu jer video dia,camna nak tengok lagi dua tu?
October 11th, 2008 at 5:47 pm
beb..mana ko hilang erk..selalu kat YM lesap jerk..aku buzz pun tak layan erk..terajang kang >:)
October 13th, 2008 at 10:35 pm
@catzer
hilang kat YM jer ar..jarang online ar,sebab banyak benda nak handle sekarang ni..