Langgan RSS feed Blogeiz dot com secara percuma. Terima Kasih!

Kepada pemilik-pemilik blog dan website yang tak tahu pasal nuffnang ni agak rugi besar la,sebab ni salah satu source untuk menjana wang online melalui blog atau website. Nuffnang merupakan pengiklan blog yang pertama di Asia dan setakat ni hanya tiga negara yang bleh involve dalam Nuffnang yakni Malaysia, Singapura dan Filipina. (Aku tak pasti kenapa Indonesia masih tak dapat join Nuffnang,tunggu dulu ya pak~! mungkin tak lama lagi
)
Nuffnang menawarkan CPC (cost per click - bermaksud korang akan dapat bayaran bagi setiap pengunjung blog korang) dan CPM (cost per impression - pengiklan akan memilih blog yang diorang nak iklankan iklan diorang,dengan CPM ni korang akan jana wang lebih banyak dari CPC)
Nuffnang ni akan membayar korang dalam Ringgit Malaysia,bukannya US Dollar. (kalau US Dollar, dua hari jer nuffnang dah lingkup
) Dalam nuffnang ni jugak ada sistem membership yang lain dari yang lain, ada dua jenis membership iaitu “ordinary” dan “Glitterati” (Geli tak reti haha~!
) Tips untuk dapatkan status “Geli tak reti” ni adalah korang kena tak boleh letak iklan dari pengiklan lain di asia ni contohnya “Adverle*s” (Nama sebenar dirahsiakan untuk menjaga nama baik syarikat tersebut,tapi mesti kebanyakkan blogger dah tahu..
)
Korang layak mendapat bayaran dari nuffnang selepas baki dalam akaun korang dah mencecah RM50. Mengikut pengalaman aku, nuffnang ni akan cuba dapatkan maklumat berapa banyak pengunjung kedalam blog korang dalam seminggu (kira macam test drive ar..) sebelum iklan diorang muncul kat blog korang. Jadi kalau korang tak nampak apa-apa iklan bila dah letak kod nuffnang kat blog korang,jangan la gelabah. Bagi peluang untuk untuk diorang selama seminggu. Tapi sebelum tu pastikan la korang letakkan kod tu kat tempat yang betul,kalau korang letak kat tempat yang salah tapi menyumpah seranah tak guna jugak.
Last sekali,aku ucapkan selamat menjana wang online dengan nuffnang kepada semua webmaster dan blogger sekalian. Untuk mendaftar, sila ke nuffnang.com.my
Jika anda suka penulisan ini sila langgan RSS feed Blogeiz dot com!

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=6fb07a87-adad-4c10-8a58-8178fe87cdc3)






























October 18th, 2008 at 6:54 pm
aku dah dua kali dah dapat check dari diorang ni.
yang ketiga pun dah boleh request. tp biarlah dulu.
Just satu yg tak best dgn nuffnang ni, payment dia lambat sampai.
macam tunggu cek dari adsense lah pulak.
tapi atleast diorang bayar lah jugak. tak macam seseorang yg dirahsiakan identitinya. Haha
October 21st, 2008 at 3:09 pm
aku tak pernah dpt lagi cheque nuffnang ni..kekekek…sbb aku punya blog melayu satu jerk tu huh..
October 22nd, 2008 at 11:35 am
syuxx,bgusla dh 2x dapat.akau ni baru je.x cukup kuota nak dapat cek.nak tanya syuxx,ada banyak blog ke?
October 22nd, 2008 at 12:48 pm
@ catzer
aku tengok ramai dah dapat bayaran,jadi nuffnang ni one of the trusted paid program ler..
untuk pengetahuan ko,aku pun tak pernah dapat bayaran agi dari nuffnang ni
@ pcformula
selamat datang pcformula..
October 22nd, 2008 at 12:49 pm
@ syuxx
best la ko dah dapat bayaran..bleh ajar aku camna nak optimize pendapatan nuffnang ni..huhu..